KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal bahasa Mandarin dalam laman web rasminya menimbulkan polemik berhubung kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Cina di negara ini. Walaupun kewujudan portal berkenaan dilihat selaras dan tidak melanggar Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, ia bagaimanapun menimbulkan persoalan mengapa masyarakat Cina gagal menguasai bahasa Melayu selepas pembentukan Malaysia.
Mengapa perlu bahasa Mandarin?