Alhamdulillah antara kebitaraan yang diberi penegasan oleh Naib Canselor UKM dalam Pelan Tindakan Strategik termasuklah kebitaraan bahasa Melayu di UKM. UKM ditubuhkan 13 tahun lebih awal daripada tahun sasaran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA, iaitu tahun 1983.
UKM akan menggerakkan peranan sebagai badan perunding dan pemantau dasar-dasar negara, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui peningkatan peranan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).