Persidangan Linguistik ASEAN (PLA) VI 2024

 
Persidangan Linguistik ASEAN telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2000 dengan siri pertamanya berlangsung di Malaysia, diikuti Negara Brunei Darussalam (2002), Indonesia (2005), Thailand (2007), dan Malaysia (2011). Sepanjang penyelenggaraan PLA, PLM mendapat dukungan dan kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institusi Pengajian Tinggi sebagai rakan penganjur.
 
Secara umumnya, persidangan ini bertujuan menghimpunkan masyarakat linguistik di ASEAN ini untuk bertukar-tukar fikiran dan berkongsi wawasan ilmiah tentang penyelidikan terkini masing-masing. Secara khususnya, PLA VI 2024 mengangkat tema “Bahasa dan Kuasa” dengan objektifnya adalah seperti yang berikut:
 
  1. Mendedahkan isu bahasa dan kuasa dalam dunia hari ini.
  2. Membincangkan hasil kajian bahasa dan kuasa serta impaknya pada masyarakat hari ini.
  3. Mengumpulkan idea untuk membentuk kesepakatan dalam jalinan kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN.

Maklumat lanjut sila klik SINI