BANGI, 3 Jamadilawal 1441H, Isnin – Petisyen penghapusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang mensasarkan 150,000 tandangan rakyat Malaysia kini meningkat 122,413 sokongan berbanding semalam.
Petisyen dilancarkan oleh Asraf Luqman pada Julai lalu bagi menghapuskan sekolah berkenaan dan mewujudkan satu aliran pendidikan Nasional mendapat sokongan yang menggalakkan melalui pautan https://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-menghapuskan-terus-sjk-c-dan-sjk-t-dan-mewujudkan-satu-aliran-nasional-malaysia
Melalui kenyataan beliau, Asraf Luqman berkata, sekolah-sekolah vernakular itu merupakan barah kepada perpaduan negara.
Sehubungan dengan itu, Asraf Luqman menggesa rakyat Malaysia turut bersama dalam mendesak pihak kerajaan menghapuskan sekolah vernakular berkenaan.
“Marilah berpadu mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan SJKC dan SJKT dengan perlaksanaan wajib aliran pendidikan Nasional.
“Bagi pelajar berumur 7-12 tahun buat seluruh rakyat Malaysia, demi melahirkan keutuhan perpaduan antara kaum melalui pendidikan aliran Nasional,” katanya.