QIHONG GAN DAN BENNY TEH SEKOLAHKAN KAUM CINA YANG TAK FAHAM BAHASA MELAYU.

 

 

 



Semalam YAB PM telah membuat satu pengumuman khas mengenai ‘Perintah  Kawalan Pergerakan’.

Pengumuman itu juga telah disiar secara ‘live’ di laman Facebook rasmi YAB PM.



Namun terdapat komen yang sangat menyakitkan hati rakyat Malaysia. Komen itu berbunyi ” Woi…Speak English”.

Sebenarnya terdapat komen yang agak sama menyerlahkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang gagal memahami Bahasa Kebangsaan.

Apa yang mengejutkan komen² itu telah menaikan kemarahan Benny Teh dan Qihong Gan.

Berikut adalah terjemahan ringkas:

Benny Teh:
“Dey kau ada IC biru kemudian mengaku rakyat Malaysia tapi tidak tahu Bahasa Kebangsaan. Tolong bungkus baju kau dan pergi balik China sebab kau memalukan kaum Cina Malaysia”

Qihong Gan:
“Aku sangat malu dengan komuniti orang Cina yang Kebanyakan mereka memberi komen ‘Tak faham BM’. Tolonglah sekarang dah masuk tahun 2020, kalau betul nak perjuangkan masa depan yang baik tolong belajar dan hormatilah Bahasa Kebangsaan kita’

Aku bangga kita ada rakyat macam Benny dan Qihong sebab mereka mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia.

Semoga usaha mereka untuk menyemai kencintaan kaum Cina terhadap Bahasa Kebangsaan tercapai.

Sumber: http://naimnikmat.blogspot.com/2020/03/qihong-gan-dan-benny-teh-sekolahkan.html?m=1