KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN GERAKAN QIAM (QIAM)
Bil: 66/25/2020
Tarikh: 31 Oktober 2020
SEKOLAH VERNAKULAR BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN, MENGGUGAT PERPADUAN NASIONAL
QIAM ingin sanggah tulisan Nicolas Anil (The Sun 7/10/2020. ) bertajuk: “Call for end to politicisation of vernacular schools.” Beliau merujuk hujahan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan MCA, Teh Yeow Meng yang mengatakan bangsa bukan Melayu ada hak dalam Perlembagaan untuk memperlajari bahasa ibuda dan berhak untuk menubuhkan sekolah vernakular di negara ini. Teh juga menyatakan bahawa Negara Cina adalah pusat perniagaan terbesar didunia, lalu mereka yang tidak tahu bahasa Mandrin akan ketinggalan dalam pembanggunan ekonomi.? Nicolas juga merujuk hujah S. Rajaratnam, President Persatuan Gabungan Alumini Sekolah Tamil Malaysia yang menyatakan terdapat beberapa pelajar sekolah Tamil berjaya di peringkat antarabangsa.
2. QIAM ingin menyatakan bahawa sekolah Cina dan sekolah Tamil mula dibenarkan di Tanah Melayu kerana orang Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu bukan asalnya untuk menjadi warganegara tetapi hanya untuk berkerja sementara. Oleh kerana pendidikan itu penting, maka sekolah vernakular ini di benarkan. Namun QIAM ingin mengingatkan kaum Cina, bahawa Laporan Barnes 1951 telah menyeru kepada pemansuhan sekolah vernakular dan mengantikannya dengan sekolah kebangsaan dengan mengunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
3. Perkara ini ditentang kuat oleh kaum Cina dengan membentuk Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Se-Malaya (Jiao Zong). MCA telah menjadi jambatan penting diantara Jiao Zong dan Kerajaan masa dulu. Kerjasama MCA dan Jiao Zong akhirnya membentuk Malayan Chinese Association Chinese Education Central Comittee (MCACECC) pada 1952. Kerjasama ini menjadi pertahanan kaum Cina terhadap 3 cubaan asimilasi budaya iaitu Laporan Barnes 1951, Ordinan Pelajaran 1952 dan Laporan tv Kertas Putih 1954.
4. Gabungan Persatuan Lembaga Pengurrus Sekolah-sekolah Cina Persekutuan Malaya (Dong Zong) juga ditubuhkan melalui MCACECC (1953). Tan Cheng Lock president MCA ketika itu menyebut *“The MCA would definitely support the cause of Chinese education. … Those who did not support it were not Chinese.”
5. Terkini, perjuangan pendidikan Cina sekali lagi menimbulkan kontroversi bila Dong Zong mencadangkan ujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dijadikan syarat untuk mendapat pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Sekarang DAP juga mempertahankan sekolah Cina di Malaysia. QIAM hairan kenapa Singapura, Indonesia dan Thailand yang mempunyai ramai bangsa Cina boleh maju tanpa sekolah venarkular. Negara-negara ini hanya ada satu jenis sekolah sahaja.
6. QIAM juga ingin merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan* yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah di jadikan sebagai bahasa kebangsaan dan merupakan tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang dalam Parlimen.Walaupun Perkara 152 (1)(a)* dan 152(1) (b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada siapa yang boleh dilarang menggunakan, (selain bagi maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain, dan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri boleh meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. *Ini tidak bererti ia memberi peruntukan yang kerajaan mesti menubuhkan sekolah venarkular untuk tujuan tersebut. QIAM dengan tegasnya mengatakan Bahasa Cina , Tamil dan bahasa-bahasa lain boleh di ajar di Sekolah Kebangsaan sebagai satu mata pelajaran tambahan tanpa perlu ujud sekolah venarkular.
7. Bagi QIAM Perlembagaan adalah Undang undang utama Persekutuan dan apa jua Undang undang yang yang di luluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. ( perkara 4 Perlembagaan Persekutuan). QIAM dengan tegasnya mengatakan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. QIAM tetap berpendapat Parlimen tiada kuasa untuk mewartakan Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang berkaitan dengan sekolah jenis kebangsaan kerana hal-hal bersangkutan dengan pelajaran dan pendidikan bagi maksud rasmi hendaklah merujuk kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. *Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai 1982 dalam kes penubuhan Universiti Merdeka boleh di jadikan rujukan.
8. Akta Pendidikan 1996 diluluskan untuk meminda Ordinan Pendidikan 1957 dan Akta Pendidikan 1961. QIAM menyatakan Parlimen tiada kuasa untuk membolehkan menteri pendidikan dalam soal penubuhan Sekolah Rendah Jenis Cina (SKJC) dan Sekolah Rendah Jenis Tamil (SKJT). *Ini kerana Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menunjukkan menteri pendidikan tiada kuasa untuk berbuat demikian*.
9. QIAM juga hairan, kalau sekolah jenis kebangsaan Melayu tidak lagi wujud, bagaimana sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil boleh wujud. Inilah persoalan undang-undang yang kita harus hujahkan. Bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi memudahkan semua orang belajar Bahasa Melayu. Kerana itu lah kerajaan sediakan sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu.
10. QIAM berpendapat Parlimen tidak ada kuasa untuk membuat Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996. Ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. QIAM dengan ini mendesak supaya Kerajaan perlu bersikap tegas dalam isu sekolah vernakular kerana ia akan menghangatkan lagi suhu perkauman di negara kita. Sekali gus ia mengancam perpaduan nasional. Kerajaan tidak boleh menjadi adil dengan hanya membiarkan semua pihak memikirkan kepentingan masing-masing, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan lebih-lebih lagi terhadap perpaduan masyarakat berbilang kaum. Kerajaan tidak harus takut kerana semua negara jiran kita dalam Asean tidak benarkan sekolah venarkular di negara mereka. Kenapa kita harus bersikap berbeza. Isu perkauman di Malaysia adalah seperti bom jangka yang mampu meledak jika tidak dimusnahkan.
Sekian.