KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENULIS JOHOR

Persatuan Penulis Johor ( PPJ ) berpendapat kenyataan untuk meneruskan pengunaan dwibahasa atau Dual Langugage Programme ( DLP ) di sekolah sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Senator Dato’ Dr.Mah Hang Soon dalam kenyataan yang disiarkan di media massa, menyatakan DLP akan dilaksanakan bagi pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.

PPJ menyifatkan Kementetian Pendidikan Malaysia ( KPM ) sengaja tidak memahami bantahan yang pernah dikemukakan oleh pelbagai NGO kepada kerajaan.

Tindakan KPM ini dilhat sebagai membentuk remaja menghina kedaulatan Bahasa Melayu kerana mereka diperkenalkan bahasa asing di peringkat sekolah.

Pelaksanaan DLP memperlihatkan KPM tidak seolah-olah tidak tahu Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Pendidikan, khas Perkara 17 dan 18.

Bahasa Melayu yang didaulatkan semenjak dua ribu tahun lalu cuba dipinggirkan atau dihapuskan jika DLP dilaksanakan.

Pembuat Dasar DLP seolah-olah tidak faham kata-kata hikmat, “bahasa jiwa bangsa” atau “bahasa penemu ilmu”.

Pelaksanaan DLP juga jelas bertentangan dengan dasar memartabatkan Bahasa Melayu.

Selain itu, DLP turut bercanggah dengan enam aspirasi murid dalam Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia ( PPPM), khusus tentang mebentuk etika dan kerohanian serta membentuk identiti nasional.

Justru, PPJ mahu Kerajaan menghapuskan DLP dan kembali mendaulatkan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara.

Diingatkan, jika DLP diteruskan juga, KPM bertanggungjawab sebagai pengkhianat bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

AMIRUDDIN MD.ALI HANAFIAH
Ketua Satu PPJ
5 Ogos 2020