Ummah menyokong Tun Mahadhir kekal sebagai PM dan juga pemangku Menteri Pendidikan bukan untuk mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.
Keputusan melaksanakan nya semula sangat malang, mengecewakan dan akan mengelapkan semula masa depan dunia pendidikan anak bangsa negara.
PPSMI telah pun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan buruk kepada kemerosotan kepada para pelajar.
Kajian yang dibuat oleh UPSI pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80% di Sekolah Kebangsaan dan di Sekolah Menengah sehingga program ini dibatalkan pada 2010.
Ummah bertegas agar Tun M membatalkan hasrat tersebut atau akan berhadapan semula dengan gelombang himpunan rakyat menolak PPSMI yang telah pun berlaku sebelum ini.
Ummah bertekad akan mengerakkan rakyat berhimpun sekali lagi bagi menentang program PPSMI, dan ini akan mengakibatkan Tun akan kehilangan jawatan sebagai PM.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi Ummah
Ketua Eksekutif MAPPIM